eBTSemula

eBTSemula

Sistem Permohonan Bantuan Tanam Semula

Selamat Datang ke eBTSemula
SYARAT KELAYAKAN
Sekiranya anda ingin memohon insentif ini, anda hendaklah mematuhi segala syarat-syarat kelayakan yang dikemukakan. Terdapat dua jenis syarat kelayakan Bantuan Tanam Semula iaitu syarat kelayakan am dan syarat kelayakan kebun bagi permintaan Bantuan Tanam Semula Kali Pertama (TS1) hingga Kali Keempat (TS4).

Syarat Kelayakan Am Bantuan Tanam Semula

  1. Warganegara Malaysia: Anda merupakan warganegara Malaysia dan memiliki kad pengenalan sah.
  2. Pekebun Kecil: Anda merupakan waris, pemegang amanah atau pemilik tanah dengan jumlah keluasan kurang daripada 40 hektar.
  3. Geran Sah: Tanah yang dipohon memiliki hakmilik tanah (geran) yang sah. Sekiranya anda tidak mempunyai geran yang sah, anda perlu mendapatkan pengesahan daripada Pejabat Tanah atau Agensi Kerajaan berkenaan.
  4. Luas Minimum: Mempunyai luas minimum seluas 0.1 hektar.
  5. Luas Maksimum: Mempunyai luas maksimum seluas 40 hektar.

Syarat Kelayakan Kebun Bantuan Tanam Semula Kali Pertama (TS1)

  1. Mempunyai Getah Bertoreh: Kebun anda hendaklah mempunyai getah bertoreh iaitu getah yang pernah mengeluarkan hasil.
  2. Mengandungi Pokok Getah Tak Ekonomik: Kebun anda mempunyai pokok getah tak ekonomik yang telah disahkan oleh Pegawai Penilai.
  3. Mengandungi Tunggul Getah Tua: Kebun anda mempunyai tunggul getah tua – iaitu tunggul getah tua yang telah ditebang atau terbiar.
  4. Merupakan Kawasan Tumpuan Tanaman Getah: Kebun anda hendaklah berada di kawasan yang menjadi tumpuan tanaman getah. Ini tertakluk kepada pengesahan melalui dokumen rasmi atau bukti-bukti lain seperti; buku lesen getah lama, gambar satelit, Lesen Getah/Kad Pendaftaran Jualan Pekebun Kecil, surat pengesahan daripada mana-mana Agensi Kerajaan, rekod membuktikan lot anda pernah menyertai tanam semula atau rekod membuktikan lot anda mengandungi pokok getah berdasarkan lot bersebelahan yang menyertai tanam semula.

Syarat Kelayakan Kebun Bantuan Tanam Semula Kali Kedua (TS2), Kali Ketiga (TS3), Kali Keempat (TS4)

  1. Luas Minimum: Mempunyai luas minimum seluas 0.1 hektar.
  2. Luas Maksimum: Mempunyai luas maksimum seluas 40 hektar.
  3. Memilih Pendekatan Tanam Semula Individu (TSI) atau Tanam Semula Berkumpulan: Tanam Semula Individu ialah permohonan secara persendirian (perseorangan) sebagai pengusaha tanah atau waris yang mempunyai Surat Wakil Kuasa (SWK). Tanam Semula Berkumpulan ialah permohonan yang dibuat oleh dua atau lebih pengusaha tanah – secara amnya dilakukan oleh sesebuah kampung atau daerah.
  4. Usia Pokok Getah: Pokok getah di dalam kebun yang dipohon secara individu dan berkumpulan untuk tanam semula getah hendaklah berusia sekurang-kurangnya 20 tahun – kecuali pokok getah yang sudah tidak ekonomik.
Apakah Bantuan Tanam Semula RISDA?

Bantuan Tanam Semula merupakan salah satu inisiatif di bawah Program Tanam Semula RISDA (Rubber Industry Smallholders Development Authority) dan menjana salah satu fungsi utama RISDA di bawah Akta RISDA No. 85/1972. Akta ini menegaskan bahawa RISDA bertanggungjawab melaksanakan serta memantau penanaman semula pokok getah tua dengan pokok getah baharu atau tanaman lain yang dibenarkan. Inisiatif Bantuan Tanam Semula ini dilaksanakan sebagai dorongan untuk pekebun kecil melakukan penanaman semula kebun getah mereka. Insentif ini juga dilaksanakan bagi membantu menganggung sebahagian kos tanam semula getah. Melalui bantuan ini, jika anda salah seorang pekebun kecil RISDA, anda layak mendapat dana sehingga RM14,000 sehektar secara berperingkat bagi menampung kos tanam semula kebun getah anda.

INFO PROGRAM BORANG PERMOHONAN SEMAKAN STATUS
PERINGATAN PENTING

Seksyen 46 Akta Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah 1972 memperuntukkan seperti berikut :

“Pihak Berkuasa boleh menghendaki mana-mana orang untuk mengemukakan apa-apa perisytiharan, penyata, perakuan atau dokumen lain atau segala maklumat lain yang berhubungan dengan estet dan kebun kecil getah, dan pengeluaran, penyimpanan, penjualan dan pengeksportan getah”

Seksyen 47(2) memperuntukkan seseorang yang gagal mematuhi permintaan yang dibuat, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.”

ARAHAN KEPADA PEMOHON
  1. Pemilik tanah warganegara Malaysia sahaja memiliki jumlah tanah minima 0.1000 Hektar hingga kurang 40.0000 Hektar sahaja layak mengisi borang permohonan ini.
  2. Jika jenis tanaman dalam geran tanah tidak sama dengan jenis tanaman yang hendak ditanam atas tanah tersebut, pemohon bertanggungjawab mengurus penukaran jenis tanaman atau syarat sekatan lain dalam geran tanah dengan Pejabat Tanah.
  3. Pemohon tidak dibenar menebang/memusnahkan pokok getah di atas tanah yang hendak ditanam semula sebelum mendapat surat kelulusan bantuan Tanam Semula RISDA.
  4. Sekiranya permohonan ini diluluskan, pemohon tidak dibenar menanam benih getah atau sawit yang diperoleh daripada sumber selain daripada yang dibekalkan atau dibenarkan oleh RISDA terlebih dahulu.
  5. Pemohon hendaklah memberitahu pejabat RISDA yang menerima permohonannya serta-merta jika berlaku tukar milik, penjualan, pecah geran, pengambilan balik oleh kerajaan atau gadaian atas tanah pemilikannya atau perolehan tanah lain kepada miliknya.
  6. Pemohon mestilah mengisytiharkan semua tanah yang dimiliki termasuk tanah-tanah yang tidak menyertai Tanam Semula.
PAUTAN
client
client
client
client
client
client
client
client
client
client
client
client
client
client
client
client
client
client
client

eBTSemula

Hak Cipta Terpelihara @ 2026
Pejabat Risda Daerah Kota Kinabalu

Media Sosial

×

Apakah Bantuan Tanam Semula RISDA?

Bantuan Tanam Semula merupakan salah satu inisiatif di bawah Program Tanam Semula RISDA (Rubber Industry Smallholders Development Authority) dan menjana salah satu fungsi utama RISDA di bawah Akta RISDA No. 85/1972.

Akta ini menegaskan bahawa RISDA bertanggungjawab melaksanakan serta memantau penanaman semula pokok getah tua dengan pokok getah baharu atau tanaman lain yang dibenarkan. Inisiatif Bantuan Tanam Semula ini dilaksanakan sebagai dorongan untuk pekebun kecil melakukan penanaman semula kebun getah mereka. Insentif ini juga dilaksanakan bagi membantu menganggung sebahagian kos tanam semula getah.

Melalui bantuan ini, jika anda salah seorang pekebun kecil RISDA, anda layak mendapat dana sehingga RM14,000 sehektar secara berperingkat bagi menampung kos tanam semula kebun getah anda.